MAMAT1690.BLOGSPOT.COM

www.mamat1690.blogspot.com

www.mamat1690.blogspot.com

Tuntut Kejayaan Anda!

Jika kita mahu menjadi usahawan yang berjaya, boleh dikatakan 100% pilihan adalah di tangan kita.

Pilihan untuk membuat keputusan.

Pilihan untuk bekerja kuat ataupun malas.

Pilihan untuk merasa lemah ataupun terus cekal.

Pilihan untuk bertindak ataupun terus berduka lara…

Tuhan itu tidak zalim. DIA berikan kita peluang untuk membuat pilihan.

Tangga Kejayaan

TANGGA PERLU DINAIKI SETAPAK DEMI SETAPAK. JIKA HANYA MELIHAT DARI BAWAH, KEJAYAAN PASTI TIDAK DAPAT DIRAIH.


Nah, jika itu hakikatnya, mari kita memilih yang baik-baik untuk kita. Berhasil atau tidak, itu bukan urusan kita.

Salah satu langkah untuk menjadi usahawan berjaya adalah dengan “menuntutnya”. Kata orang putih, “claim your success!” Tuntut Kejayaan Anda!

Kebiasaan yang kita lihat, manusia lantang menuntut hak-hak mereka seperti hak bersuara, hak sebagai pekerja, hak hidup harmoni, hak untuk memilih kerajaan dan sejuta satu hak.

Namun ironinya, ada yang tidak bersungguh-sungguh menuntut hak kejayaan bagi diri mereka sendiri walaupun ia amat penting bagi mereka.

Baik, soalnya sekarang, bagaimana untuk menuntut hak kejayaan itu dan juga mengapa?

Mengapa perlu menuntut kejayaan?

Hal ini tidak perlu dihuraikan lagi kerana setiap orang ada alasan dan sebab tersendiri mengapa mereka mahu menjadi orang yang berjaya, berharta, kaya dan seumpamanya.

Ada yang mahu melihat ahli keluarga mereka hidup bahagia dan tidak susah, ada yang tidak mahu hidup tertindas, ada yang mahu membantu orang-orang susah dan ada yang mahu membantu Agama terus terbela dan berkembang.

Itu semua adalah tujuan dan matlamat masing-masing. Kita telah jelas mengenai hal itu…

Jadi, bagaimana cara untuk kita menuntut hak-hak kejayaan kita dan kepada siapa kita perlu menuntutnya?

Jawapannya mudah: Kita perlu tuntut kepada diri kita sendiri. 99.9% faktor kejayaan adalah terletak kepada diri kita sendiri. Sikap, tabiat (habits) dan emosi kita, akan menentukan segalanya.

Jadi, untuk menuntut kejayaan, maka kita perlu:

  • Bekerja lebih kuat secara bijak.
  • Bercakap sebagai seorang pakar dalam bidang itu. Contoh: Anda seorang pakar pemasar internet, maka tidak boleh menjadi seorang yang lemah. Terus menerus bercakap mengenai bidang anda dan lakukan usaha-usaha berkaitan dengan bersungguh-sungguh.
  • Tunjukkan bukti keberhasilan kerja anda. Jika anda pakar SEO, buktikan bahawa website anda sendiri mempunyai ‘ranking’ terbaik di enjin carian.
  • Belajar dan terus belajar berkaitan bidang yang diceburi agar lebih berpengetahuan.
  • Terus menerus membangunkan diri dengan belajar dan melatih diri.
  • ‘Walk the talk’. Apa sahaja yang diperkatakan perlulah disusuli dengan tindakan. Kata orang, “Cakap serupa bikin”.
  • Percaya sepenuhnya. Tiada apa yang mustahil di dunia ini, terutama yang telah pernah diraih oleh manusia, selagi ia di dalam lingkungan kemampuan manusia. Jika boleh percaya ada hantu (walaupun tidak ada), mengapa tidak boleh percaya yang kita akan berjaya? ;)
  • Bertanggungjawab kepada diri sendiri. Jika kita malas dan lemah, kita perlu salahkan diri sendiri. Perlu sentiasa menilai (muhasabah) diri agar kekurangan dapat diperbaiki.
  • Bersama-sama dengan individu/kumpulan yang sama fikiran dengan kita.
  • Fokus sepenuhnya terhadap usaha yang dilakukan.
  • JELAS dengan matlamat dan tujuan berniaga. Anda berniaga sebab apa? Setiap kali rasa lemah, baca kembali matlamat murni anda itu dan kembalilah segera berusaha semula.

Kepada usahawan yang telah atau sedang kecundang, jatuh dan rebah dalam perniagaan, bangkitlah segera. Tuntut kembali kejayaan anda!

Setiap kali kita jatuh atau ‘dijatuhkan’ oleh orang lain, bisikkan kepada diri sendiri, “Aku berhak untuk berjaya“.

60 tip segera dan ringkas untuk usahawan.

60 tip segera dan ringkas untuk usahawan. Baik jika dibaca sekali sehari bagi memastikan kita sentiasa ‘sedar’ akan kerjaya yang dilakukan, iaitu usahawan.

Tip ringkas ini semuanya dalam tiga perkataan sahaja bagi setiap tip. Walaupun ia tidak menerangkan secara lengkap, sekurang-kurangnya ia dapat dibaca dengan cepat dalam masa beberapa minit sahaja.

1. Perlu jelas matlamat.
2. Ada buat perancangan.
3. Berusaha dengan cekal.
4. Baca buku selalu.
5. Belajar tanpa henti.

6. Bertindak dengan cepat.
7. Tidak mudah mengalah.
8. Berani hadapi risiko.
9. Fokus pada kekuatan.
10. Sayangi diri sendiri.

11. Sentiasa perbaiki diri.
12. Gagal itu lumrah.
13. Utamakan yang utama.
14. Perlu jaga kesihatan.
15. Ambil sarapan pagi.

16. Tidur perlu cukup.
17. Bangun awal pagi.
18. Sentiasa bersangka baik.
19. Elakkan membazir masa.
20. Buat dengan betul.

21. Tunaikan solat fardhu.
22. Usaha perlu konsisten.
23. Perlu ada prinsip.
24. Latih disiplin diri.
25. Pakaian yang kemas.

26. Keinginan yang membara.
27. Tidak menundakan kerja.
28. Perlu ada mentor.
29. Bantu usahawan lain.
30. Urus aliran tunai.

31. Jaga kebajikan pekerja.
32. Doa adalah senjata.
33. Tawakal kepada ALLAH.
34. Zikir adalah penawar.
35. Pilih untuk berjaya.

36. Bangkit dari gagal.
37. Bersedekah dengan ikhlas.
38. Tunaikan zakat perniagaan.
39. Berani berkata TIDAK.
40. Tenang menerima kritikan.

41. Maafkan sesiapa sahaja.
42. Hidup perlu diteruskan!
43. Sertai kursus berkaitan.
44. Elakkan dari riba.
45. Kenali potensi diri.

46. Tambah kawan baru.
47. Malu perlu bertempat.
48. Fokus pada jualan.
49. Belajar ilmu komunikasi.
50. Menulis dengan baik.

51. Tidak ulangi kesilapan.
52. Baca kisah kejayaan.
53. Pelbagaikan sumber pendapatan.
54. Pantau perkembangan bisnes.
55. Ada simpanan kecemasan.

56. Hargai para penyokong.
57. Layan pelangan sebaiknya.
58. Rekodkan maklumat pelanggan.
59. Promosi, promosi, promosi.
60. Baik biar berpada.

Bagaimana mengubah diri ke arah yang lebih baik?

Tidak kira usahawan ataupun tidak, setiap orang pasti mahu mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Berikut adalah empat langkah yang boleh dipraktikkan untuk merubah diri secara sedikit demi sedikit:

1. Akui diri sebagai manusia yang lemah. Perlu kita mengakui bahawa kita adalah manusia yang lemah. Hanya ALLAH sahaja yang sempurna. Apabila kita akui hal ini, maka kita akan tetap bermotivasi untuk hidup dan proses untuk menjadi manusia yang lebih baik akan menjadi lebih mudah.

2. Sentiasa berdoa mengharapkan bimbingan, perlindungan dan bantuan daripada ALLAH SWT agar kita sentiasa dipermudahkan untuk menjadi manusia yang diredai-Nya.

3. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berguna untuk dunia dan akhirat. Sebagai usahawan, kita perlu mengurangkan perkara yang membazir masa seperti melayari laman web sosial tanpa tujuan dan matlamat. Gunakan ia untuk bisnes sahaja dan elakkan berlebih-lebihan.

4. Keterbalikan untuk perkara ke-3 di atas, kita tukarkan perkara yang tidak bermanfaat dengan perkara yang lebih berguna seperti memperbanyakkan membaca buku, menyertai seminar, belajar ilmu Agama (atau kuliah Agama) dan sebagainya. Hanya ilmu yang akan dapat menjadikan kita lebih baik daripada hari semalam.

Lakukan empat langkah di atas secara konsisten pada setiap hari, dan lakukan ‘review’ terhadap perkembangan semasa. Apabila kita sentiasa melihat pada tahap mana perkembangan kita, maka lebih mudah untuk kita merancang dan berusaha untuk terus merubah diri ke arah yang lebih hebat!

Mengapa orang berjaya terus berusaha gigih?

Pernahkah kita bertanya, mengapa orang yang berjaya dan kaya tetap berusaha gigih ataupun sekurang-kurangnya masih melakukan sesuatu usaha walaupun mereka sudah di tahap tertinggi?

Jawapannya adalah… Kejayaan hari ini bukan penentu kejayaan hari esok dan seterusnya. Kejayaan hari ini adalah kejayaan hari ini sahaja, bukan kejayaan esok. Kejayaan hari ini mungkin akan terhapus atau hilang begitu sahaja. Maka ia belum pasti dapat menjamin hidup kita pada hari mendatang.

Jadi, orang-orang yang faham erti kejayaan tidak akan duduk diam kerana mereka mengerti bahawa kejayaan yang mereka bina bukanlah jaminan bagi hari-hari seterusnya. Hari ini akan menjadi sejarah dan esok adalah hari baru, maka perlu dicipta sejarah ataupun kejayaan yang baru juga.

Bagaimana dengan kita?

Bagaimana bangkit kembali dari kegagalan?

1. Bertaubat dan beristighfar kepada ALLAH pada setiap hari. Kita manusia biasa tidak terlepas dari kesalahan dan dosa.

2. Berdoa kepada ALLAH, memohon agar hati kita bangkit kembali.

3. Tunaikan solat lima waktu. Tidak solat umpama mempunyai hutang yang besar kepada ALLAH. Jadi jika kita gagal dan susah, mungkin itu salah satu cara ALLAH menuntut hutang itu.

4. Solat tahajud di satu pertiga malam terakhir.

5. Berzikir secara konsisten. Biar sedikit tetapi kerap dalam satu hari.

Usaha-usaha di atas adalah secara dalaman. Untuk hebat di luar, yang dalam perlu diselesaikan dahulu.

Jika kita membaca buku-buku motivasi luar negara (Barat), tip-tip di atas tidak begitu ditekankan kerana kebanyakan penulis bukan berAgama Islam. Maka sebab itu walaupun kita banyak membaca buku motivasi dan pembangunan diri dari sana, kita tetap berasa kekurangan sesuatu.

Yang sesuatu itulah hal-hal dalaman (spiritual) iaitu usaha mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Satu (ALLAH).

D-BAGINDAS~TAK SEINDAH MALAM KEMARIN

Hati ini tak menyangka
Bila akhirnya kau tinggalkanku

[*]
Tak tertahan luka ini
Ku menangis tak kuasa
‘tuk menahan pedihnya hatiku

[**]
Tanpa ada kata kau meninggalkanku
Menyisahkan luka dihatiku
Betapa sakitnya relung batinku
Merasakan hilangnya cintamu

[***]
Malam ini tak seperti
Malam kemarin saat kau peluk aku
Malam ini tak seperti
Malam kemarin saat kau bersamaku
Malam ini tak seindah
Malam kemarin

Jiwa ini tak menduga
Bila ku harus kehilanganmu

Back to [*]{**][***]

Back to [**][***]

Malam ini tak seperti
Malam kemarin
Malam ini tak seindah
Malam kemarin






Astrid - Tentang Rasa


aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu

reff:
dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya
tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kau titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa
repeat reff [2x]
dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya





Najwa Latif - Cinta Muka Buku


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan  banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Rahsia Memperoleh Keberkatan & Dimurahkan Rezeki


Rahsia kejayaan seseorang itu adalah usaha keras dan mempunyai semangat yang tinggi. Cuba untuk bangun seawal waktu pagi untuk pergi ke tempat kerja. Kerana masa sangat berharga dalam hidup dan gunakan ia sebaik-baiknya agar semua impian dan cita-cita tercapai. Pendek kata, kita diseru untuk mencari ilmu sebanyak yang termampu dengan harapan agar ilmu itu kita manfaatkan seadanya.
Sekiranya kita tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, kita disarankan untuk keluar bekerja awal pagi agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Adakah anda pernah memikirkan tentang hal ini? Jika ya, anda adalah seorang yang peka dan mengambil berat akan hal sekeliling. Selain itu, keluar seawal pagi juga dapat mengelakkan kita tiba lewat di tempat kerja. Maka, hal ini akan mendorong diri untuk memandu laju walau dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Sekiranya mahu tiba awal ke tempat kerja, kita perlu keluar awal juga. Contohnya Puan Aisyah yang keluar rumah seawal pukul 7.00 pagi dengan memandu kereta. Dia akan tiba ke tempat kerja pukul 8.00 pagi. Puan Aishah mempunyai 30 minit sebelum waktu kerja bermula. Jadi semua urusan Puan Aishah akan lancar dan teratur. Penampilannya juga akan kemas dan dia mempunyai keyakinan untuk meneruskan pekerjaan.
Kemudian, jika kita menaiki kenderaan awam dan tidak suka dengan keadaan kesesakan yang terpaksa dihadapai sebelum orang ramai mula keluar, kita harus keluar lebih awal dari orang lain. Maka, kita dapat sedikit rehat dan boleh duduk di dalam bas atau komuter dan tidak perlu berebut dengan orang lain. Setidak-tidaknya kita tidak perlu berdiri sehingga sampai ke tempat kerja. Sebagai contoh Ainah adalah seorang guru di Petaling Jaya. Dia terpaksa keluar rumah seawal pukul 6.30 pagi, tambahan lagi dia hanya menaiki kenderaan awam. Bagi melancarkan semua urusan, dia akan keluar awal agar tidak berebut dengan pengguna pengangkutan awam yang lain. 
Sampai awal ke tempat kerja juga membolehkan kita membuat persediaan sebelum waktu kerja bermula. Hal ini juga dapat mengelakkan rekod kedatangan kita menjadi merah kerana sering sahaja sampai lewat. Selain itu, kita juga boleh menyiapkan urusan kerja yang masih tertangguh. Jadikan amalan ini sebagai tanggungjawab dalam diri dan kita akan membisakan diri dengannya. Selain itu, penampilan kita juga akan menjadi kemas jika kita tidak berada dalam keadaan yang kelam-kabut. Cik Zulaikha baru memulakan kerjanya dengan sebuah badan swasta di Ampang. Dia baru tamat belajar di sebuah institusi awam dan tidak biasa keluar awal pagi. Kerana ingin mencapai cita-citanya, dia terpakasa bertindak sedemikian dan keluar seawal pagi untuk sampai ke tempat kerja. Tambahan pula dia mahu rekod kedatangannya bersih dan menepati masa.
Di samping itu, kita juga boleh bersarapan sebaik tiba di tempat kerja. Mungkin seorang bujang yang tidak sempat menyediakan sarapan di rumah dan hanya membelinya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika tiba awal, perut boleh dialas dengan makanan yang dibeli. Apabila perut selesa kita dapat bekerja dengan sempurna dan dan lancar. Contohnya, Noah seorang pekerja bank yang masih bujang. Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, Noah pasti akan singgah dan membeli sarapan berdekatan dengan tempat kerjanya. Tambahan pula, Noah perlu keluar untuk menemui pelanggan. Jika bekerja dalam keadaan perut kosong, semua perkara mustahil untuk dilakukan. Sekurang-kurangnya Noah mendapat tenaga untuk memulakan kerja sementara menunggu waktu makan tengahari.
Paling penting, keluar awal ke tempat kerja juga akan memberikan kita keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah. Kerana Rasulullah pernah bersabda, “Berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan supaya memperoleh keberkatan dan dimurahkan rezeki.” Kita tidak digalakkan untuk tidur sehingga waktu tengahari kerana perbuatan ini akan membuatkan rezeki semakin menjauh dari kita. 
Maka, untuk sampai awal ke tempat kerja, kita juga diminta untuk tidur awal. Perkara ini bagi memastikan kita tidak terbabas dari jadual harian. Jika tiada kerja yang hendak dilakukan pada sebelah malam, tidur yang cukup membantu kita bangun dengan tenaga yang sepenuhnya pada keesokan hari. Untuk memulakannya kita mesti mengunci jam loceng. Tetapkan jam pada waktu awal pagi. Lama kelamaan kita mampu untuk bangun awal tanpa bantuan jam loceng. Jangan pula kita menghabiskan masa malam untuk berehat dengan keluar dan berseronok bersama kawan-kawan di luar.

10 Syarikat Internet Termahal Di Dunia


Pada kemuncak gelembung dotcom, harga saham bagi syarikat-syarikat internet yang berjaya mencapai tahap tertinggi. Pertandingan yang sengit menyaksikan banyak syarikat-syarikat yang lebih besar membuat pengambilalihan yang juga melibatkan kes-kes pengambilalihan yang tidak masuk akal. Senarai 10 pengambil-alihan terbesar dalam sejarah Internet adalah seperti berikut:

Broadcast.com
Bermula sebagai AudioNet pada tahun 1995, syarikat radio melalui laman web ini mencatat rekod yang tinggi dan sangat berjaya. Ia telah diambil alih oleh Yahoo dengan pembelian saham bernilai USD$5.7 bilion

Netscape
Netscape pada awalnya merupakan pelayar dominan dalam industridotcom. Walau bagaimanapun, kedudukannya akhirnya tunduk kepada Internet Explorer. Ia diambil alih oleh AOL dengan nilai USD$4.2 bilion pada tahun 1998 dan dibubarkan pada tahun 2003. Legasi Netscape terus bangkit selepas tahun 1998, dan kini dikenali sebagai Mozilla.

Geocities
Pada kemuncaknya, Geocities merupakan syarikat yang menawarkan khidmat simpanan data dalam bentuk maklumat dan gambar yang ada pada sesebuah laman web dan merupakan yang paling popular di internet. Ditubuhkan pada akhir 1994, kemudiannya diambil alih oleh Yahoo dengan nilai USD$3.7 bilion pada tahun 1997. Seperti kebanyakan pengambilalihan yang dibuat pihak Yahoo, Geocities tidak memberi keuntungan dan ditutup pada akhir tahun 2009. Pada waktu ini, hanya Geocities di Jepun masih bertahan.

WebEx
Salah satu perintis yang mempelopori kerjasama perniagaan dalam talian, WebEx menghasilkan satu perisian yang pertama dengan keupayaan melayari internet secara luar talian. Ia dibeli oleh CISCOpada tahun 2007 dengan nilai USD$3.2 bilion.

Skype
Walaupun ia bukan perintis protokol internet untuk komunikasi, Skypetelah merevolusikan komunikasi di internet dengan protokol hak milik berprestasi tinggi. Berpengkalan di Sweden dan dibangunkan oleh pemaju dari Estonia, ia telah diambil alih oleh Ebay pada tahun 2005 dengan nilai USD$2.5 bilion. Ebay kemudian menjual 70% daripada sahamnya kepada sebuah konsortium dengan harga USD$2.75 bilion.

Ask.com
Sebuah enjin carian soal jawab ini pernah popular di internet sehingga berjaya dijual kepada InterActiveCorp dengan nilai USD$1.85 bilion. Tidak lama selepas itu, InterActiveCorp menyedari bahawa ia telah membeli syarikat yang tidak aktif. Teknologi tersebut kemudiannya disalur keluar kepada pihak ketiga yang tidak dikenalpasti.

CNET Networks
Sejak diasaskan pada tahun 1994, CNET Networks mempunyai pengaruh yang besar ke atas media internet. Ia telah diambil alih olehCBS Corporation pada tahun 2008 pada nilai USD$1.8 bilion. Pada waktu itu CNET dapat menarik seramai 200 juta pelawat dalam satu bulan.

Overture Services Inc.
Overture Services Inc. atau GoTo.com ialah salah satu syarikat pertama yang berjaya dalam perkhidmatan pengiklanan berbayar.Yahoo merupakan salah satu pelanggan terbesar Overture dan ia diambil alih dengan nilai USD$1.63 bilion pada tahun 2003. Perkhidmatan tersebut kini dikenali sebagai Yahoo Search Marketing.

Youtube
Agak munasabah untuk diperkatakan bahawa Youtube telah mengubah dunia internet ke arah yang baru dan ia telah menjadi satu cabang budaya masa kini. Sejak dilancarkan pada tahun 2005,Youtube menjadi popular dan dalam tempoh setahun, 65,000 video baru dapat ditonton setiap hari. Seperti yang diramalkan, ia menarik banyak minat dan akhirnya diambil alih oleh Google dengan nilai USD$1.65 bilion. Youtube kini berada di tangga ketiga teratas dari segi jumlah kunjungan di internet.

Paypal
Syarikat pembayaran secara online ini telah ditubuhkan pada tahun 2000. Menjelang tahun 2002, Paypal menawarkan kaedah pembayaran pilihan kepada lebih daripada 50% daripada penggunaEbay . Oleh sebab itu, Ebay mengambil alih Paypal dengan nilai USD$1.5 bilion. Walaupun menghadapi banyak saingan, Paypalmasih terus berurusniaga dan hampir memonopoli urusan pembayaran dalam talian.

Strategi Menjual Produk di Facebook


Facebook. Siapa yang tidak pernah dengar akan perkataan magik ini? Ia adalah laman web sosial yang paling popular dan hebat pada masa sekarang. Ia digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Tidak kiralah apa sahaja yang seseorang itu lakukan sama ada pelajar, guru, ahli perniagaan dan ramai lagi. Mereka sudah mempunyai akaun Facebook sendiri yang digunakan untuk memperkenalkan diri. Hari ini fenomena Facebook telah melanda segenap lapisan masyarakat. Miskin, kaya, tua, muda, pemimpin negara, rakyat biasa, pegawai tinggi, kuli, polis, penjenayah, dan bahkan pengemis jalanan pun ada akaun Facebook. Seseorang apabila ditanya sama ada memiliki akaun Facebook atau tidak, jika jawapannya “tidak ada”, si penanya akan memandangnya dengan penuh skeptikal. Seperti tidak lengkap jika tidak ada Facebook. Seperti orang yang tidak memiliki telefon bimbit. By the way, kita jangan lupa bahawa Facebook juga boleh ‘dimain’ hanya dalam handphone.

Kegilaan terhadap Facebook telah melahirkan golongan yang ketagihan laman sosial ibarat virus ini. Contohnya, selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, berusia 32 tahun, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan post-post terbaru yang ingin diletakkan di Wall. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya. Kegilaan ini dikatakan memuncak apabila di Mesir, seorang ayah pula menamakan bayinya yang baru lahir dengan nama Facebook . Al-Ahram, sebuah surat khabar yang cukup popular di Mesir menulis, seorang ayah bernama Jamal Ibrahim yang berusia sekitar 20 tahun hendak mengungkapkan perasaan terima kasihnya di atas kemenangan Revolusi 25 Januari, dengan memberi nama anak perempuan pertamanya yang baru lahir dengan nama “Facebook Jamal Ibrahim”!

Mari kita selidik dari mana datangnya fenomena luar biasa zaman kini ini.

Pengasas Facebook , Mark Zuckerberg, telah membina laman web rangkaian sosial ini ketika beliau baru berumur 23 tahun dan masih menuntut di Universiti Harvard. Beliau melancarkan Facebook pada bulan Februari 2004. 24 jam selepas pelancarannya, seramai 1,200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa satu bulan, hampir separuh pelajar sarjana muda Harvard telah memiliki profil Facebook.

Pada mulanya Facebook disasarkan sebagai rangkaian sosial pendidikan dan telah berkembang ke universiti-universiti di seluruh Amerika. Hanya setahun selepas pelancarannya, Facebook telah berkembang melibatkan penuntut sekolah tinggi Amerika dan ‘menjelajah’ ke universiti-universiti di United Kingdom. Selepas itu fenomena rangkaian sosial Facebook seperti tidak dapat dibendung lagi dan sesiapa saja yang memiliki e-mail boleh membuka akaun Facebook di seluruh dunia. Facebook mengumumkan jumlah ahlinya sudah melebihi 30 juta orang pada tahun 2007. Hari ini jumlah ahli Facebook sudah melebihi 800 juta orang.

Facebook amat popular kerana aplikasi-aplikasinya yang mudah, menarik minat, dan percuma. Selain daripada itu ahli-ahlinya juga boleh membina aplikasi-aplikasi sendiri untuk digunapakai atau dimainkan dalam Facebook. Facebook mendapat keuntungan daripada pengiklanan. Syarikat-syarikat gergasi seperti Google dan Yahoo pernah menaruh minat untuk membeli Facebook dengan menawarkan harga sehingga USD$2 bilion, tetapi ditolak oleh Zuckerberg.

Sedar tak sedar fenomena ini telah memberi impak yang banyak baik kepada individu, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Di dalam Facebook sesiapa saja bebas untuk mengatakan apa saja; memuji, mengutuk, meluahkan kemarahan, kejiwangan, kepandaian, dan juga kebodohan. Oleh itu impaknya boleh jadi positif dan boleh jadi juga negatif, bergantung kepada siapa yang membuat kenyataan dan kepada siapa kenyataan itu ditujukan.

Facebook juga dijadikan medan untuk bertemu dengan sahabat handai yang sudah lama terpisah, dan bahkan ada yang menemukan pasangan hidup melalui Facebook. Facebook juga boleh digunakan sebagai medan percambahan minda melalui perbincangan-perbincangan maya yang efektif. Dan dengan cara yang berpatutan, ahli-ahli juga boleh menyalurkan ‘kegiatan2 ibadah’ melalui Facebook.

Bagi yang lebih kreatif dan berwawasan, mereka menggunakan Facebook untuk tujuan komersial dengan menjual produk dan membina jaringan pemasaran. Antara cara-cara yang biasa yang digunakan oleh usahawan internet, pelajar kolej, suri rumah tangga mahupun sesiapa sahaja sebenarnya bukanlah luar biasa seperti yang disangka. Malah, sebenarnya ianya agak mudah!

Sebelum menjual produk, sudah tentu kita perlu mempunyai jumlah rakan atau dipanggil Friends dalam Facebook dahulu. Lebih ramai Friends, lagi senang untuk menjual, betul? Tetapi bagaimana cara untuk membolehkan ramai yang Add anda? Pertama sekali ialah anda, sebagai penjual, digalakkan menggunakan gambar profil yang menarik. Elakkan menukar-nukar gambar profil secara kerap. Gunakan satu gambar secara konsisten. Jadikan gambar profil sebagai logo di Facebook ini. Kedua, perbanyakkan pengisian seperti menulis artikel. Orang akan klik Share dan kemudian orang lain akan Add kita selepas membaca artikel yang telah diSHARE oleh rakan mereka tersebut.

Ketiga, layari Wall rakan Facebook lain dan berikan komen pada status, foto, imej, video atau artikel mereka. Aktif menggunakan Links, Photo, Video dan Notes. Keempat-empat elemen ini cukup berpengaruh untuk mendapatkan respon yang singkat berbanding kaedah email. Kita boleh tag sesiapa rakan yang dikenali serta share links ke dalam mana-mana groups atau pages dengan mudah sekali. Paling mudah share links atau tag gambar yang menggambarkan sesuatu yang positif, quote yang menginspirasikan, atau gambar yang melucukan. Ini akan dapat menarik perhatian sasaran serta membolehkan kita berinteraksi untuk menjadikan ianya lebih viral. Disarankan elemen ini digunakan lebih kerap setiap minggu bagi mendapatkan respon dari members selain terselit agenda simbiotik untuk publisiti atau promosi.

Keempat, letak Widget Facebook di blog. Selitkan juga link ke profile Facebook kita di artikel blog. Manfaatkan kombinasi Facebook Widgets untuk menambah Friends. Ada banyak jenis widget untuk profile, pages mahupun groups. Kita boleh sesuaikan dengan mana-mana blog yang kita miliki serta menjadikan ia lebih viral dengan Facebook . Kombinasi ini cukup penting menjadikan web atau blog kita lebih interaktif serta mempunyai peminat atau pengikutnya yang tersendiri.

Kelima, sertai Groups yang aktif di Facebook. Tetapi pastikan anda hanya sertai yang relevan dengan produk anda. Aktifkan diri di sana seperti memberi komen pada status semasa dan pada mana-mana bahagian yang boleh diberikan komen. Pastikan memberi komen yang membina. Teknik viral serta e-marketing dengan Facebook sebenarnya ada pada function Facebook Groups & Pages. Ini kerana kita dapat mengumpul seberapa banyak mungkin list dengan kedua-duanya. Kelebihan jangka masa panjang diberikan kepada Facebook Pages yang mempunyai function Insight melihat statistik demografi yang sesuai untuk mensegmenkan pasaran. Manakala Facebook Groups lebih sesuai untuk perkara-perkara yang lebih santai dan bersifat tidak rasmi. Disarankan supaya fokus kepada pembinaan lebih daripada 10 jenis Facebook Groups & Pages dalam pelbagai niche. Ini akan menjadi aset sekunder yang boleh menggantikan autoresponder berbayar yang jauh menjimatkan tanpa apa-apa kos. Gabungkan Facebook Groups mahupun Pages dengan blog atau website bagi mendapatkan trafik yang berterusan.

Seterusnya, manfaatkan kelebihan Facebook Events. Di sini peluang terbaik untuk membawa social networking ini ke dimensi yang lebih serius. Anda boleh Create an Event untuk apa jua aktiviti atau program di alam realiti maupun secara maya. Sebagai contoh, anda boleh berjumpa sambil main permainan Cashflow 101 yang mengajar banyak perkara tentang financial management. Event tersebut mmg cukup berfaedah sekali, dan kita patut buat apa jua event dalam sekali sebulan untuk meningkatkan prestasi networking kita dengan orang lain. Yang terakhir, bantu rakan Facebook secara ikhlas atau bekerjasama dengan mereka. Mereka biasanya akan Tag nama kita pada ruang status mereka. Daripada Tag itu, rakan-rakan mereka akan klik pada nama kita dan akan memasuki profile Facebook kita. Mereka akan Add kita jika mereka berminat.

Akhir sekali, elakkan bermain game atau chat yang tidak bermanfaat. Ok, ini merupakan aktiviti yang kurang efisyen bagi usahawan internet jika terlalu banyak main game atau chatting yang tidak bermanfaat. Facebook ini wajar dijadikan saluran pemasaran yang berpotensi untuk mencapai anggaran jualan produk yang tinggi. Chatting dengan prospek dibolehkan, tetapi ianya bukan tempat untuk bercanda maupun mengorat. Jadikan Facebook medan pemasaran yang paling menguntungkan. Itu baru tips, belum tentang pantang larang di Facebook lagi!

Begini, untuk mendapat anggaran jualan yang memuaskan, kita perlu konsisten. Tidak boleh tenggelam timbul, sekejap aktif, sekejap tidak. Pastikan kita mengenali sekurang-kurangnya 10 orang atau lebih di Facebook ini sebagai rakan tetap kita di mana kita sering melawati ruangan Facebook mereka, termasuk memberikan komen yang membina dan bermotivasi. Kesilapan kebanyakan penjual ialah mereka menjual di Facebook seperti mereka menjual di Mudah.com. Itu salah! Promosi secara agresif adalah amat kurang sesuai. Keberkesanan pemasaran di Facebook adalah terletak kepada sejauh mana keikhlasan kita, komunikasi kita dengan rakan-rakan Facebook dan juga sebanyak mana kita memberikan informasi yang berguna. Cara pemasaran di Facebook lebih kepada soft marketing seperti berkenal-kenalan, bertegur-sapa, berkongsi informasi, memberi pendapat dan lain-lain lagi. Fokus kepada perbincangan positif dan berpotensi. Kita memerlukan identiti yang dihormati dan disegani lawan maupun kawan. Oleh itu proses jual beli mahupun perbincangan di Facebook perlu berhikmah dan bijaksana.

Jika ada perkara yang tidak dipersetujui maka berhujahlah dengan dalil, fakta yang konkrit disulami bahasa yang santai dan terbuka. Digalakkan menyertai perbincangan yang konstruktif, kolaboratif dan positif dalam memberi manfaat kepada semua warga Facebook . Isu sensitif melibatkan agama, bangsa dan apa jua yang mudah menggugat sensitiviti perlu berhati-hati serta di sini letaknya kecerdikan akal untuk mengimbangi emosi. Elak konfrontasi terbuka dengan mereka yang berfikiran negatif, sebaliknya berkawanlah dengan mereka yang mempunyai identiti yang positif jauh lebih baik.

Seterusnya, kuantiti bukanlah segala-galanya. Tidak semua akaun Facebook Friend kita adalah aktif. Ada yang sekadar suka-suka, masuk Facebook tidak terlalu kerap dan ada juga akaun yang belum lengkap profile mereka. Untuk itu, jika berkesempatan, Remove Friend yang berkaitan seperti Friend yang menyertai kita sekadar mahu mempromosi program buat duit atau skim cepat kaya semata-mata.

Manfaatkan Facebook sebaiknya kerana ia adalah fenomena pemasaran paling hebat di zaman ini!

Myspace

PLEASE CLICK

THANK YOU FOR VISITING

THANK YOU FOR VISITING